nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Rai Aidilfitri bersama bukti Keluarga Malaysia amat akrab – PM

8 MEI: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kehadiran pengunjung pelbagai latar belakang ke Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Perdana Menteri dan Anggota Jemaah Menteri 2022 untuk meraikan Aidilfitri bersama di Seri Perdana di Putrajaya hari ini, jelas membuktikan yang Keluarga Malaysia amat akrab.

Beliau berkata, kemeriahan sambutan rumah terbuka kali ini cukup istimewa, memandangkan majlis tersebut tidak dapat diadakan selama dua tahun akibat pandemik COVID-19.

“Inilah keistimewaan sebagai keluarga besar Keluarga Malaysia, begitu akrab di negara kita tanpa mengira kaum.

“Hari Raya Aidilfitri disambut meriah oleh seluruh rakyat Malaysia, begitu juga perayaan lain, hari ini semua hadir untuk wakili kaum masing-masing,” katanya program rumah terbuka itu dapat menyatupadukan Keluarga Malaysia.

Ismail Sabri berkata, demikian dalam temu ramah bersama stesen televisyen tempatan pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Perdana Menteri dan Anggota Jemaah Menteri 2022 di sini, pada Ahad.

Ismail Sabri menyantuni tetamu pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Perdana Menteri dan Anggota Jemaah Menteri di Putrajaya hari ini.

Majlis dengan tema Raya Keluarga Malaysia, Syawal Dirai, Nikmat Disyukuri itu merupakan rumah terbuka pertama dihoskan Ismail Sabri selepas dilantik sebagai perdana menteri pada 20 Ogos 2021, serta barisan Kabinet beliau.

Akibat pandemik COVID-19, rumah terbuka tahunan itu tidak dapat diadakan selama dua tahun. Kali terakhir ia diadakan adalah pada 5 Jun 2019 di Seri Perdana dan dihoskan perdana menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad dan barisan Kabinet beliau.

Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Perdana Menteri dan anggota Jemaah Menteri 2022 berlangsung dari 9.30 pagi dan dijangka berakhir 4 petang.

Bagaimanapun, bagi memberi peluang kepada lebih ramai Keluarga Malaysia untuk hadir, majlis rumah terbuka ini dilanjutkan sehingga 6 petang.

Sementara itu, Ismail Sabri juga mengajak orang ramai untuk menggunakan bulan Syawal yang mulia itu untuk bermaafan secara ikhlas antara satu sama lain.

“Bermaaf-maafan bukan setakat kata-kata tetapi mestilah tidak mengulangi kesilapan, gunakan bulan ini untuk rapatkan hubungan,” katanya.

Pada kesempatan itu, beliau turut menasihatkan pengguna jalan raya untuk mendapatkan rehat secukupnya sebelum memulakan perjalanan pulang ke mana-mana destinasi, selepas berakhir cuti Hari Raya Aidilfitri.

“Saya percaya jalan sesak dan mungkin ada yang akan mengantuk, pastikan badan segar sebelum memulakan perjalanan. Jika penat atau mengantuk, elok berhenti dahulu dan tidur sekejap dan jangan memaksa diri hingga membahayakan diri,” katanya.

Sementara itu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah turut menghadiri Majlis Rumah Terbuka berkenaan.

Keberangkatan tiba baginda ke Seri Perdana pada kira-kira jam 11.30 pagi disambut Perdana Menteri dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Al-Sultan Abdullah kemudian diiringi ke bilik santapan khas untuk menikmati juadah tradisi ala desa.

Turut hadir Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dan Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.


Get real time updates directly on you device, subscribe now.