9 MEI : Sebanyak 339 kes baharu COVID-19 dan empat kes kematian direkodkan di Arab Saudi semalam, menjadikan jumlah terkumpul kes COVID-19 di negara itu kepada sebanyak 755,415 kes jangkitan.
Sebanyak 112 kes sudah pulih, menjadikan jumlah pesakit yang sudah pulih seramai 742,563, iaitu 98 peratus daripada jumlah keseluruhan kes COVID-19 yang dilaporkan di negara itu.
Empat kematian yang direkodkan itu adalah akibat komplikasi jangkitan coronavirus dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu, menurut kenyataan Kementerian Kesihatan negara itu.
Angka korban kini mencecah 9,103 mangsa.Arab Saudi menjalankan hampir 12,200 ujian baharu COVID-19, manakala jumlah dos vaksin yang disuntik sudah meningkat kepada 64.5 juta.