COVID-19 : 2,246 kes baharu, 1 kematian direkodkan
10 MEI : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan sebanyak 2,246 jangkitan baharu COVID-19 semalam, menjadikan jumlah keseluruhannya kini mencecah 4,461,135 kes.
Berdasarkan data dikongsikan dalam COVIDNOW, jangkitan baharu itu membabitkan 2,241 penularan tempatan dan lima kes import.
Selangor mencatat angka harian tertinggi dengan 1,160 kes, diikuti Kuala Lumpur (261) dan Pulau Pinang (151).
Seterusnya, Negeri Sembilan (116), Johor (104), Perak (97), Kedah (92), Melaka (51), Kelantan (46), Sarawak (39), Sabah (38), Pahang (36), Terengganu (32), Perlis (13), Labuan (enam) dan Putrajaya (empat).
Terdapat sebanyak 22,368 kes aktif, setakat semalam, dengan 21,230 (94.9 peratus) sedang menjalani kuarantin wajib di rumah.
Selain itu, 1,065 kes sedang menerima rawatan di hospital; Unit Rawatan Rapi (ICU) dan memerlukan alat bantuan pernafasan (39); ICU dan tidak memerlukan alat bantuan pernafasan (30); serta Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) (empat).
Dalam pada itu, satu lagi korban COVID-19 direkodkan, semalam, tanpa kes kematian di luar fasiliti kesihatan (BID).
Kematian baharu itu direkodkan di Kedah, menjadikan jumlah korban COVID-19 di negara ini meningkat kepada 35,584 kes.
Sebanyak 2,433 lagi kes sembuh dilaporkan, membawa kepada jumlah kumulatif 4,403,183, setakat ini.