11 MEI: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$112.5 bilion pada 29 April 2022.
Bank pusat itu, dalam satu kenyataan hari ini berkata kedudukan rizab itu adalah memadai untuk membiayai 5.9 bulan import barangan dan perkhidmatan serta 1.2 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.
Komponen utama rizab antarabangsa adalah rizab mata wang asing, yang berjumlah AS$100 bilion pada 29 April, serta kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$1.4 bilion), hak pengeluaran khas (AS$6.0 bilion), emas (AS$2.4 bilion), dan aset rizab lain (US$2.7 bilion). – BERNAMA