11 MEI : Rumah warisan keluarga Perdana Menteri Sri Lanka, Mahinda Rajapaksa dibakar oleh penunjuk perasaan malam tadi.
Beliau telah pun berundur dari jawatan Perdana Menteri, namun kemarahan rakyat terhadapnya masih belum reda sehingga berlakunya insiden membakar rumah milik keluarganya di kota Hambantota di bagian selatan negara.
Beberapa rakaman video tersebar di media sosial memperlihatkan rumah milik keluarga bekas Perdana Menteri itu sedang marak dijilat api.
Sri Langka hari ini sedang berdepan krisis ekonomi terburuk dalam sejarah, ribuan penunjuk perasaan melanggar perintah berkurung untuk menyerang pegawai kerajaan, membakar rumah, kedai dan perniagaan milik ahli politik pemerintah dan wilayah.
Darurat diisytiharkan Jumaat lalu di negara itu ketika bantahan terhadap kerajaan semakin meningkat.