nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PM beri sumbangan peribadi kepada keluarga pelajar mangsa nahas

13 MEI : Tiga keluarga pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) yang rentung dalam kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan arah utara di sini tengah malam Rabu lepas, hari ini menerima sumbangan peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Sumbangan berkenaan disampaikan Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Syed Mohd Fazmi Sayid Mohamad, di penginapan yang disediakan Kerajaan Negeri Perak, untuk keluarga mangsa kemalangan berkenaan di Kuala Kangsar hari ini.

“Saya mewakili Perdana Menteri menziarah keluarga mangsa yang masih berada di sini atas arahannya dan menyampaikan sumbangan wang tunai kerana beliau kini berada di Amerika Syarikat untuk menghadiri mesyuarat.

“Perdana Menteri mengucapkan takziah dan berharap tindakan segera diambil bagi menyelesaikan urusan pengecaman jenazah yang dihantar ke Unit Forensik Hospital Taiping hari ini.

“Kita telah berhubung dengan pihak berkaitan dari segi pengecaman kalau boleh diselesaikan pada hari ini untuk dihantar ke kawasan masing-masing untuk dikebumikan kerana ia harapan pihak keluarga,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menziarah keluarga mangsa.

Beliau turut menyatakan penghargaan kepada Kerajaan Negeri Perak atas bantuan segera kepada keluarga mangsa termasuk bantuan kewangan dan penginapan sementara urusan bedah siasat selesai.

Malam tadi, dua daripada lima pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) yang rentung dalam kebakaran kereta selepas kemalangan di KM 245.2 Lebuhraya Utara Selatan arah utara di sini sudah dikenal pasti oleh ahli keluarga menerusi proses bedah siasat di Hospital Kuala Kangsar.

Dua jenazah yang berjaya dibuat pengecaman itu ialah Ahmad Akmal Ahmad Mokhlis, 20, yang beralamat di Parit Buntar, Perak dan dipercayai duduk di bahagian penumpang belakang, serta Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan, 21, dari Kemaman, Terengganu yang duduk di tempat penumpang hadapan.

Tiga lagi yang maut dalam kemalangan itu terdiri daripada pemandu kereta, Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar, 22, dan Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz, 19, serta Iqbal Hasnun Halimi, 23, dan jenazah mereka dihantar ke Hospital Taiping bagi proses bedah siasat selanjutnya hari ini.

Terdahulu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Datuk Mastura Mohd Yazid yang juga Ahli Parlimen Kuala Kangsar turut menziarah keluarga mangsa dan menyampaikan sumbangan peribadinya. – BERNAMA

Get real time updates directly on you device, subscribe now.