nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Bertemu Biden, ASEAN tetap tegas isu antarabangsa – PM

14 MEI: Pemimpin ASEAN kekal tegas dalam beberapa isu antarabangsa semasa pertemuan mereka dengan Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden pada Sidang Kemuncak Khas ASEAN-AS di Washington DC hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pemimpin ASEAN juga menunjukkan pendirian bersama ketika membincangkan isu Russia-Ukraine dan Laut China Selatan.

ASEAN mahu krisis Russia-Ukraine diselesaikan melalui meja rundingan, katanya kepada media Malaysia selepas menghadiri sesi akhir sidang kemuncak khas dua hari itu bersama Presiden Biden dan pemimpin ASEAN.

“Perang tidak menguntungkan sesiapa. Malah banyak pihak yang rugi kerana kesan perang itu,” katanya.

Dalam konteks ini, Malaysia, kata beliau, berpendapat AS harus menggunakan pengaruhnya untuk membantu menyelesaikan krisis Russia-Ukraine.

Ismail Sabri berkata Malaysia menegaskan bahawa negara-negara Asia Tenggara turut terjejas akibat perang itu terutamanya dari segi kenaikan inflasi serta harga makanan dan oleh itu mahu perang tersebut diselesaikan secara aman.

Pada 24 Februari, Russia melancarkan operasi ketenteraan penuh ke atas Ukraine, beberapa hari selepas Kremlin mengiktiraf kemerdekaan dua wilayah di timur Ukraine.

Menyentuh isu Laut China Selatan, Perdana Menteri berkata ASEAN juga bertegas dalam pendiriannya bahawa laluan itu perlu bebas daripada campur tangan luar.

“Laut China Selatan mesti kekal bebas seiring dengan kebebasan navigasi yang berdasarkan perundangan antarabangsa. Ia beri kesan pada rantaian bekalan jika wujud konflik di kawasan itu,” katanya.

Pemimpin Malaysia itu menyeru semua negara menghormati pendirian ASEAN dalam perkara itu.

China, Brunei, Indonesia, Malaysia, Filipina, Taiwan dan Vietnam adalah pihak yang menuntut untuk sebahagian besar atau sebahagian daripada sumber asli Laut China Selatan yang kaya dan isu-isu itu tidak dapat diselesaikan sejak beberapa dekad.

“Solidariti ASEAN dalam isu-isu antarabangsa jelas semasa perbincangan dengan Presiden Biden. Prinsip ASEAN zon aman, bebas dan berkecuali diterjemahkan dalam pertemuan itu,” kata Ismail Sabri.

Perdana Menteri berkata beliau turut membangkitkan isu Palestin semasa pertemuan itu dan menggesa Washington menggunakan pengaruhnya dalam menyelesaikan isu itu.

“Kekejaman Israel perlu dihentikan. Malaysia menekankan Amerika Syarikat perlu jujur selesai isu tersebut.

“Kalau di Ukraine, Amerika boleh mengambil tindakan cepat, kita nak Amerika Syarikat mengambil tindakan cepat bagi isu Palestin,” katanya.

Ismail Sabri berkata beliau turut membangkitkan isu Myanmar ketika pertemuan itu dan keperluan Konsensus 5 Perkara dipatuhi dalam menyelesaikan konflik itu.

Mesyuarat itu dihadiri oleh semua pemimpin ASEAN kecuali dari Myanmar dan Filipina. Myanmar tidak dijemput manakala Filipina sedang menghadapi pilihan raya umum.

Pemimpin ASEAN lain yang menghadiri sidang kemuncak itu ialah Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah, Presiden Indonesia Joko Widodo, Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong dan Perdana Menteri Kemboja Hun Sen.

Perdana Menteri Thailand Prayut Chan-o-Cha, Perdana Menteri Vietnam Pham Minh Chinh dan Perdana Menteri Laos Dr Phankham Viphavanh turut hadir. – BERNAMA

Get real time updates directly on you device, subscribe now.