nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Pindaan perlembagaan UMNO tidak pengaruhi tarikh PRU

15 MEI : Keputusan menentukan tarikh Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) tidak akan dipengaruhi oleh pindaan Perlembagaan UMNO berkaitan pemilihan parti yang dilaksanakan hari ini kerana ia melibatkan proses yang berbeza.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tarikh (PRU) itu ditetapkan oleh kerajaan dengan keputusan dari mesyuarat Kabinet.

“Parti berbeza dengan kerajaan. Usul pindaan yang diluluskan UMNO adalah berkaitan pemilihan dalam parti, sementara keputusan untuk mengadakan PRU, ditentukan kerajaan.

“Parti pun tahu, kalau ada cadangan (untuk diadakan PRU) akan bawa ke Kabinet dan Kabinet yang memutuskan.

“Kalau pun Kabinet sudah memutuskan tarikh, Kabinet akan beri mandat kepada saya untuk berbincang dengan Yang di-Pertuan Agong,” katanya.

Ismail Sabri berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Perhimpunan Agung UMNO (PAU) Khas hari ini.

Ditanya dakwaan perlunya kelulusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) terhadap pindaan itu, beliau berkata, terserah kepada agensi itu untuk menentukan keputusannya.

“Usul itu sudah diterima sebulat suara dan selepas ini UMNO akan menulis surat kepada ROS untuk mendapatkan kelulusan. Itulah dari segi prosedurnya,” katanya yang juga Naib Presiden UMNO.

“Kita tidak tahulah. Kita akan hantarlah permohonan itu untuk dapatkan kebenaran ROS terhadap pindaan itu. Kita tunggulah, kita pun tak tahu lagi,” katanya.

Katanya, UMNO perlu menghantar surat pemakluman kepada ROS berkaitan keputusan PAU Khas hari ini dalam tempoh 60 hari.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.