26 MEI: Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan sebanyak 2,239 kes baharu COVID-19 semalam menjadikan jumlah keseluruhan kes kepada 4,478,112.
Menerusi data di laman sesawang COVIDNOW, kes harian berkenaan membabitkan 2,236 kes penularan tempatan dengan tiga kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.
Selangor kekal menjadi negeri tertinggi mencatatkan kes baharu dengan pertambahan empat angka iaitu sebanyak 1,148 kes, ia diikuti Kuala Lumpur dengan 338 kes dan Pulau Pinang (171).
Negeri lain yang mencatatkan pertambahan kes ialah Negeri Sembilan dengan 112 kes, Perak (105), Johor (87), Melaka (81), masing-masing 43 kes di Kedah dan Sabah, Sarawak (30), Pahang (28), Terengganu (17), Kelantan (13), Putrajaya (15), Perlis (6) dan Labuan (2).
Perkembangan itu menjadikan sehingga kini sebanyak 37,063 kes masih aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 dan daripada jumlah berkenaan sebanyak 96 peratus atau 29,516 kes sedang menjalani kuarantin wajib di rumah.
Selain itu sebanyak 3.8 peratus iaitu 1,170 kes pula sedang dirawat di hospital, Unut Rawatan Rapi (ICU) dan memerlukan alat bantuan pernafasan (23), ICU dan tidak memerlukan alat bantuan pernafasan (22) serta Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) (4).
Mengulas mengenai kes kematian di negara ini, setakat semalam terdapat tiga kes kematian termasuk satu kematian diluar fasiliti kesihatan (BID). Ia menjadikan sehingga kini angka korban akibat COVID-19 meningkat kepada 35,615 kes.
Daripada jumlah yang dinyatakan itu, sebanyak 7,542 kes membabitkan pesakit yang meninggal dunia sebelum bantuan perubatan dapat diberikan.
Dalam pada itu, semalam sebanyak 1,263 kes sembuh dicatatkan, ia menjadikan sehingga kini sebanyak 4,411,762 kes sudah pulih sepenuhnya daripada jangkitan berkenaan.