nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

KASA berpeluang jana RM16.33 bilion melalui Ekspo Dubai 2020

16 MEI : Program perniagaan diterajui Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) di Ekspo 2020 Dubai memberi peluang kepada industri tempatan mengembangkan jejak hijau di peringkat global dengan menjana potensi petunjuk perdagangan dan pelaburan bernilai RM16.33 bilion (AS$3.71 bilion).

Menurut kenyataan dikeluarkan hari ini, KASA menjelaskan petunjuk perdagangan dan pelaburan dijana melalui pemeteraian 19 dokumen perkongsian dengan pihak dari pelbagai negara, selain 246 pertanyaan perniagaan yang diterima semasa sesi pemadanan perniagaan.

Memorandum Persefahaman (MoU), Memorandum Kerjasama dan Surat Niat yang ditandatangani sahaja bernilai RM12.31 bilion (AS$2.8 bilion), tambahnya.

Menterinya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata selaras dengan tema program KASA iaitu ‘Pertumbuhan Hijau: Bersedia Untuk Peluang Global’, pihaknya ingin membuka peluang kepada industri tempatan untuk mengakses pasaran global di samping menjalinkan perkongsian dan pelaburan antarabangsa.

“Ini akan membantu pemulihan ekonomi mereka yang terjejas akibat COVID-19 serta mengembangkan ekonomi hijau.

“Terdapat juga kerjasama dengan pelbagai pihak di peringkat kerajaan Malaysia dengan kerajaan negara luar serta bersama syarikat antarabangsa,” katanya dalam kenyataan yang sama.

KASA, bersama-sama agensinya iaitu Perbadanan Teknologi Hijau dan Perubahan Iklim Malaysia (MGTC) serta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), telah menganjurkan lima program perdagangan dan perniagaan semasa ekspo itu berlangsung untuk mempromosikan penyelesaian mampan berkaitan dengan sektor alam sekitar dan air.

Program berkenaan disertai 72 syarikat yang diberi peluang untuk menjalinkan kerjasama dengan rakan kongsi global, termasuk dari Emiriah Arab Bersatu (UAE), menurut kementerian itu.

Kerjasama dengan UAE membabitkan teknologi perkhidmatan pembetungan dari Malaysia oleh syarikat pembetungan nasional, Indah Water Konsortium (IWK).

Menurut KASA, antara MoU yang ditandatangani adalah kerjasama dengan Belanda mengenai tebatan banjir dan dengan Australia berkaitan pemodelan tadbir urus antara negara bagi tanggungjawab pencemaran dalam badan-badan yang bertanggungjawab terhadap sungai dan air.

Syarikat Malaysia yang memeterai kerjasama perniagaan di ekspo itu semasa minggu KASA termasuk Intelligent Aqua Sdn Bhd, Potaglas Malaysia Sdn Bhd, Pipeco Tanks Sdn Bhd dan PTS Tech Solution Sdn Bhd yang melibatkan program kerjasama antarabangsa, aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) produk serta MoU.

Tuan Ibrahim berkata, semua program di ekspo itu adalah sebahagian daripada inisiatif KASA untuk melibatkan semua pihak berkepentingan dalam agenda perubahan iklim negara.

“Kerjasama industri dan antarabangsa juga penting dalam matlamat negara untuk mencapai pelepasan sifar bersih seawal tahun 2050 termasuk melalui perkongsian pengetahuan dan kepakaran,” katanya. -BERNAMA

Get real time updates directly on you device, subscribe now.