nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Palestin hargai pendirian Ismail Sabri bela rakyat ditindas Israel

16 MEI : Duta Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang membela perjuangan serta nasib Palestin dan rakyatnya yang berjuang menentang kekejaman Israel.

Dunia telah menutup mata terhadap penderitaan Palestin selama beberapa dekad, Malaysia sebaliknya sentiasa konsisten dengan pendirian dalam konflik Israel-Palestin.

“Kami rakyat Palestin menghargai dan mengagumi sokongan diberikan Malaysia dan Perdana Menteri ketika pertemuan dengan (Presiden Amerika Syarikat) Joe Biden, mengukuhkan lagi kedudukan dan pendirian Malaysia terhadap perjuangan Palestin,” katanya hari ini.

Berharap Malaysia akan mempengaruhi negara Asia lain ke arah menyokong perjuangan Palestin, beliau berkata:

“Isu Palestin sentiasa menyatukan jiwa dan menyentuh hati semua rakyat Malaysia”.

“Malaysia konsisten dengan pendiriannya serta lantang menyuarakan solidariti dan sokongan terhadap isu Palestin.”

Semasa mesyuarat pemimpin ASEAN dengan Presiden Joe Biden pada sidang kemuncak khas di Washington DC pada 13 Mei, Ismail Sabri telah meminta Amerika Syarikat (AS) bersikap jujur ​menyelesaikan konflik Israel-Palestin.

“Kekejaman Israel perlu dihentikan. Malaysia menekankan Amerika Syarikat perlu jujur selesai isu itu.

“Kalau di Ukraine, Amerika boleh mengambil tindakan cepat, kita nak Amerika Syarikat mengambil tindakan cepat bagi isu Palestin,” kata Perdana Menteri.

Duta itu juga menghargai pendirian Malaysia untuk tidak menormalkan hubungan dengan Israel serta sokongan tidak berbelah bahagi kepada perjuangan Palestin mencapai kebebasan daripada penjajahan haram Israel.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Al-Quds Malaysia, Dr Sharif Amin Abu Shammalah, berkata seruan Ismail Sabri pada Sidang Kemuncak Khas ASEAN-AS telah mendedahkan sikap hipokrit dan pilih kasih atau dwistandard Barat dalam menangani isu Palestin.

Beliau berkata, ia amat ketara apabila Barat dengan pantas mengecam pencerobohan Rusia ke atas Ukraine, tetapi membisu mengenai kekejaman Israel di bumi Palestin dan rakyatnya sejak tujuh dekad lalu.

Tegasnya, Israel tidak boleh melanggar mana-mana undang-undang antarabangsa dan perlu bertanggungjawab atas jenayahnya.

“Rakyat Palestin amat menghargai pendirian rakyat dan kerajaan Malaysia berhubung isu Palestin. Kami sentiasa melihat bagaimana Malaysia adalah antara negara paling lantang menyokong isu Palestin.

“Saya percaya berdasarkan kedudukan Malaysia di wilayah serantau, ia mampu menyumbang kepada mengheret Israel ke muka pengadilan,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah mengulangi gesaan Malaysia untuk penamatan segera pemindahan paksa rakyat Palestin yang berlarutan oleh rejim tentera Israel.

Dalam laman sosial Facebook sempena memperingati ulang tahun ke-74 Al-Nakba kelmarin, beliau berkata Malaysia tidak akan menjalinkan hubungan dengan Israel.

“Malaysia akan terus menzahirkan sokongan dan solidariti yang tidak berbelah bahagi kepada saudara-saudara kita di Palestin dan tidak akan menjalinkan hubungan dengan Israel. Komuniti antarabangsa harus bersatu untuk menamatkan rejim apartheid Israel,” katanya.

Sementara itu, Abu Ali turut menggesa masyarakat antarabangsa berlaku adil terhadap rakyat Palestin, yang telah menjadi mangsa pilih kasih selama lebih tujuh dekad.

“Apa yang berlaku antara Rusia dan Ukraine, dunia Barat boleh bertindak mengenakan sekatan terhadap Rusia hanya dalam beberapa minggu, sedangkan nasib kami (rakyat Palestin) yang telah menderita selama lebih tujuh dekad terus dipinggirkan masyarakat antarabangsa.

“Boleh dikatakan tiada apa yang telah mereka lakukan. Jelas kami dapati kami menjadi mangsa pilih kasih,” katanya.

Hari Nakba disambut pada 15 Mei setiap tahun bagi mengenang peristiwa pengusiran paksa hampir 800,000 rakyat Palestin pada 1948 dari kediaman mereka di Palestin. – BERNAMA

Get real time updates directly on you device, subscribe now.