16 MEI: Pemerintah Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz dibenarkan keluar dari Hospital Pakar Raja Faisal, Jeddah pada Ahad.
Beliau menjalani pemeriksaan perubatan dan tempoh pemulihan prosedur kolonoskopinya di hospital berkenaan pada 8 Mei lalu, kata satu kenyataan diraja Arab Saudi.
Raja Salman meninggalkan hospital itu bersama Putera Mahkota, Putera Mohammed Bin Salman, Emir wilayah Makkah, Putera Khaled Al-Faisal dan Emir wilayah Madinah, Putera Faisal Bin Salman.
Raja Salman turut menyampaikan ucapan terima kasih dan kepada putera dan puterinya serta rakyatnya atas doa mereka.
Pemerintah itu turut merakamkan penghargaan kepada semua pemimpin dan ketua negara yang menelefon atau mendoakan beliau cepat sembuh. – AGENSI