nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Ferritec komited labur RM500 juta bina kilang di Kulim

17 MEI : Ferrotec (USA) Corporation komited untuk melabur lebih RM500 juta dalam pelaburan baharu di Malaysia untuk membina kemudahan pengeluaran pertamanya di Asia Tenggara.

Berkeluasan 8.13 hektar yang akan termasuk kilang pengeluaran 800,000 kaki persegi di Taman Teknologi Kulim, pembinaan kemudahan berkenaan dijangka bermula beberapa minggu lagi.

Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, berkata pembekal global material, komponen, sistem ketepatan dan pemimpin dunia fabrikasi material kuarza bagi industri semikonduktor itu turut komited mewujudkan antara 250 hingga 500 pekerjaan berkemahiran tinggi untuk rakyat Malaysia.

“Mereka juga komited untuk membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Malaysia membina rantaian bekalan dan ekosistem dalam industri semikonduktor.

“Ini adalah perkembangan amat positif yang mana syarikat itu bukan hanya mahu membawa pelaburan ke Malaysia, malah mahu melihat Malaysia terus berkembang dalam teknologi baharu dengan pembabitan syarikat tempatan, terutama PKS,” katanya kepada Bernama dan TV3 selepas mengadakan mesyuarat bersama Ketua Pegawai Eksekutif Ferrotec, Eiji Miyanaga di sini.

Azmin turut mencadangkan kepada Ferrotec untuk melatih pekerja Malaysia, terutama di pangkalan Amerika Syarikat (AS) atau Jepun untuk membimbing pelajar atau profesional Malaysia yang tinggal di kedua-dua negara berkenaan.

Selain Ferrotec, Azmin turut bertemu dengan Ketua Pegawai Operasi dan Pengasas Bersama Nextracker Inc, Marco Miller.Nextracker adalah syarikat penjejak solar utama AS.

Azmin berkata, Nextracker akan berusaha untuk menambah baik produk dari Malaysia untuk menembusi bukan hanya pasaran di AS, malah di seluruh dunia.

Bercakap kepada Bernama selepas bertemu Azmin, Miyanaga berkata syarikat itu mempunyai hampir 40 kilang di seluruh dunia dan kemudahan di Malaysia akan menjadi tapak pengeluaran platform besar pertamanya di luar Jepun, China dan AS.

“Kami memilih Malaysia kerana Asia Tenggara, termasuk Malaysia, menjadi titik penting rantaian bekalan bagi industri ini.”Kami merasakan perlu untuk melabur di Asia Tenggara,” katanya.

Mengenai pekerjaan, beliau berkata Ferrotec bercadang untuk mengambil antara 250 dan 500 pekerja tempatan dalam tempoh tiga tahun akan datang, dengan sasaran untuk membenarkan kemudahan itu dikendali serta dioperasikan oleh rakyat tempatan.

“Kami mahu melabur untuk insan dan memahami bahawa ia (proses) akan mengambil sedikit masa, justeru, dalam peringkat awal, kami akan membawa ekspatriat untuk tempoh yang sangat singkat bagi pemindahan teknologi dan melatih pekerja tempatan,” katanya.

Sementara itu, Miller berkata, Nextracker sedang menjalankan perniagaan bernilai AS$100 juta dengan dua syarikat Malaysia dan bercadang untuk mengembangkan perniagaan itu dalam tahun-tahun akan datang serta menjadikan Malaysia rakan pengeluaran utama.

“Kami memilih Malaysia berikutan lokasi geografi dan tenaga kerja berkemahiran tinggi berdedikasi yang mengeluarkan produk berteknologi tinggi,” katanya.

Beliau berkata, Nextracker menjangkakan untuk melihat rakan perniagaan Malaysia menggandakan tenaga kerja daripada 400 pekerja ketika ini dalam masa terdekat bagi menampung perniagaannya yang semakin berkembang.- BERNAMA

Get real time updates directly on you device, subscribe now.