17 MEI: Dua pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Kuala Pilah malam tadi melibatkan lebih 100 mangsa di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Undang Johol dan Dewan Desa Dangi.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Sembilan, Lt Kol (PA) Mohd Syukri Madnor berkata, setakat hari ini daerah terlibat banjir adalah di Seremban dan Kuala Pilah.
“Namun begitu, hanya dua PPS dibuka iaitu di Kuala Pilah manakala di daerah Seremban dilaporkan air telah surut.
“Setakat jam 8 pagi ini, seramai 74 mangsa daripada 32 keluarga ditempatkan di PPS Dewan Dangi dan seramai 36 mangsa pula ditempatkan di PPS SK Undang Johol,” katanya dalam satu kenyataan pada hari ini.