nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kertas cadangan eksport ketum dah siap – MB Kedah

18 MEI: Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN) Kedah telah menyiapkan kertas cadangan kerajaan negeri untuk mengeksport ketum ke luar negara.

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, berkata kertas cadangan itu akan dibentangkan dalam mesyuarat EXCO negeri minggu depan sebelum diserahkan kepada Kerajaan Persekutuan.

“Kita hendak mohon Kerajaan Persekutuan pertimbangkan kebenaran eksport (ketum) dengan dalil kita dalam kertas cadangan itu. Kalau kerajaan kata tak boleh (dan) ‘no way’ (atau) tak ada jalan juga, (maka) kita kena tunggu lagi la.

“Mungkin lepas ini ada perubahan berdasarkan perkembangan semasa bidang perubatan. Saya harap perkembangan itu tidak akan terbeku di situ,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat EXCO di Wisma Darul Aman hari ini.

Mengulas lanjut, Muhammad Sanusi berkata penemuan mengenai kebaikan ketum sudah dibuat kajian oleh Kedah Bioresources Corporation (KBioCorp) sejak beberapa tahun lalu, namun ia terhad kepada kajian semata-mata.

Katanya, sekiranya ketum dibenarkan untuk dieksport, maka akan wujud agensi yang akan mengumpul dan mengeksport bahan itu ke luar negara.

“Ketum ini umpama pisau dapur, tetapi pisau dapur apabila salah guna ia boleh bunuh orang…takkan nak salah pisau itu.

“Salahnya adalah salah guna pisau. Sama macam ketum juga jangan salah guna, hanya guna untuk sektor perubatan yang telah melalui kajian saintifik.

“Contohnya dulu orang guna untuk ubat cacing, cuma ambil daun dan gumpal kemudian letak di perut. Jadi yang tidak ada cacing takkan nak guna daun ketum ini,” jelas beliau.

Muhammad Sanusi bagaimanapun berkata, cadangan mengeksport ketum itu bukanlah bermakna beliau meminta rakyat Kedah untuk menanam ketum kerana aktiviti eksport itu nanti hanya membabitkan tanaman sedia ada.

“Saya bukan suruh tanam, sebaliknya saya minta Kerajaan (Persekutuan) benarkan eksport ketum yang sedia ada.

“Yang sedia ada itu pun banyak dan sedang diseludup, jadi kita selesaikanlah isu penyeludupan ini dengan benarkan eksport.

“Nasihat saya, tak perlulah tanam lagi dan saya pun bukan nak galakkan penanaman. Kita eksport apa yang ada hari ini pun cukup dah kalau dibenarkan,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.