18 MEI: Permit import (AP) terhadap bahan makanan dimansuhkan berkuat kuasa serta-merta, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Perdana Menteri berkata, keputusan itu bagi memastikan bekalan makanan negara mencukupi.
“Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) akan mengumumkan secara terperinci tetapi kita setuju tadi tiada lagi AP untuk bahan makanan.
“Kita buka kepada sesiapa sahaja mengimport makanan ke negara ini.
“Kalau dulu ada bermacam-macam AP, mulai hari ini tiada AP diperlukan. Sesiapa sahaja boleh mengimport makanan untuk memastikan kita cukup bahan makanan,” katanya ketika ditemui pemberita di majlis sambutan Aidilfitri bersama warga Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya hari ini.