18 MEI : Bank Dunia memberikan pinjaman jangka pendek kepada Sri Lanka berjumlah AS$160 juta (RM703.3 juta), bagi membolehkan negara itu membayar barangan import penting.
Perdana Menterinya, Ranil Wickremesinghe, Sri Langka sedang berusaha untuk meneliti sama ada dana ini boleh digunakan untuk mengimport minyak.
Wickremesinghe pada Isnin lalu memaklumkan negara yang dilanda krisis itu sedang menggunakan baki terakhir bekalan petrolnya.
Menteri Tenaga Sri Lanka pula memaklumkan penduduk negara itu diberitahu supaya tidak terus menyertai pihak yang sedang beratur panjang untuk mendapatkan minyak, yang mencetus protes antikerajaan.
Wickremesinghe yang dilantik sebagai Perdana Menteri Khamis lalu, memaklumkan Isnin lalu bahawa Sri Lanka amat memerlukan segera pertukaran asing berjumlah AS$75 juta (RM329.7 juta) untuk membayar barangan import penting.