18 MEI: Jeddah mencatatkan 48.3 darjah Celsius, suhu tertinggi di seluruh Arab Saudi manakala Makkah pula 47.5 darjah Celsius.
Demikian menurut kenyataan Pusat Meteorologi Nasional Arab Saudi (NCM) yang dipetik agensi berita Saudi Gazette.
Menurut tanda pagar #Jeddah_Now yang tular di Twitter, ramai netizen memuat naik beberapa rakaman video dan gambar mengenai cuaca panas melampau di Jeddah pada Ahad lalu.
Antara rakaman video yang paling banyak ditonton menunjukkan beberapa kereta diletakkan di tepi jalan.
Warga net yang merakam video itu berkata, ini berkaitan dengan jumlah merkuri yang tinggi dan pemandu tidak boleh memandu kereta dalam keadaan cuaca tersebut.
Jeddah mencatatkan suhu ekstrem tersebut sebelum musim panas bermula pada Jun nanti. – AGENSI