18 MEI : Tidak ada kemajuan dalam rundingan damai dengan Ukraine, di mana Kyiv menunjukkan keengganan untuk meneruskannya.
Jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov hari ini berkata, rundingan tidak berjalan dengan baik dan memperlihatkan keengganan perunding Ukraine untuk meneruskan proses ini.
Agensi berita Interfax semalam memetik Timbalan Menteri Luar Russia, Andrey Rudenko sebagai berkata bahawa Russia dan Ukraine tidak mengadakan rundingan ‘dalam sebarang bentuk’, dan bahawa Kyiv telah ‘secara praktikal menarik diri daripada proses rundingan’.