nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Dalang, ketua sindiket dadah kini berada dalam radar polis

21 MEI : Dalang serta ketua sindiket dadah sememangnya kini berada dalam radar pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Justeru operasi dan serbuan dalam usaha menumpaskan dalang serta ketua sindiket dadah akan dipertingkat, demikian tegas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay.

Katanya, pengedaran dadah ini tidak boleh dihapuskan selagi ketua sindiket dadah masih bermaharajalela di negara ini.

“Justeru, JSJN menyahut cabaran Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin yang mahu kegiatan pengedaran dadah diperangi habis-habisan untuk menjamin masa depan remaja di negara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita semasa Majlis Sambutan Hari Raya anjuran JSJN di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, hari ini.

Dalam majlis itu, beliau turut meraikan 33 anak yatim Pertubuhan Kebajikan Asnaf Al Barakh Malaysia.

Ayob Khan berkata, jenayah narkotik dilihat seperti tidak habis apabila aktiviti dan tangkapan sentiasa dijalankan.

“Beberapa hari lalu juga ada kejayaan tangkapan dan rampasan dadah lebih 21 kilogram (kg) dilakukan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Terbaharu semalam, dilaporkan tangkapan seorang warga tempatan di Singapura cuba membawa masuk dadah bernilai lebih RM1 juta.

“Perkara ini tidak akan habis di situ sahaja. Mereka (sindiket) akan mencari ruang dan jalan untuk teruskan aktiviti mereka.

“Justeru, apabila saya ambil alih JSJN sejak Januari lalu dan sehingga hari ini, saya beri tumpuan kepada tangkapan tokan dadah,” ujarnya.

Berdasarkan Op Tapis dilaksanakan kata Ayob Khan, kira-kira 1,500 tokan dadah berjaya ditahan.

“Kita akan meneruskan momentum ini dan akan fokus kepada ketua sindiket untuk terus melumpuhkan jenayah ini,” tegasnya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.