nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Lahir di Malaysia, Penny bakal Menteri Luar Australia

22 MEI: Anak kelahiran Malaysia, Penny Wong, dijangka dilantik sebagai Menteri Luar Australia esok.

Penny adalah antara lima anggota kaukus Parti Buruh yang akan menjadi barisan menteri pertama mengangkat sumpah selepas pilihan raya umum Australia.

Berkelulusan undang-undang, Penny dilahirkan di Kota Kinabalu tetapi berpindah ke Australia pada 1976 ketika berusia lapan tahun.

Beliau pertama kali dilantik sebagai anggota Senat mewakili Parti Buruh pada 2001 dan pernah dua kali dilantik semula pada 2007 serta 2013.

Di bawah kerajaan Kevin Ruud pada 2007, Penny dilantik menteri Perubahan Iklim dan Air dan selepas pilihan raya umum 2010, dilantik sebagai Menteri Kewangan.

Pada 2013, Penny dilantik sebagai Ketua Kerajaan di Senat dan selepas pertukaran kerajaan pada tahun yang sama, beliau dilantik Ketua Pembangkang di Senat iaitu wanita pertama bagi memegang kedua-dua jawatan itu.

Susulan pilihan raya umum 2016 pula, Penny dilantik semula sebagai Ketua Pembangkang di Senat dan sebagai Menteri Luar dalam Kabinet bayangan parti Buruh.

Beliau dijangka menyertai Perdana Menteri baharu Australia, Anthony Albanese, yang akan akan bersama Amerika Syarikat (AS), Jepun dan India pada sidang kemuncak Quad selama dua hari, dalam tugas rasmi pertama selepas memenangi pilihan raya kebangsaan. – AFP

Get real time updates directly on you device, subscribe now.