23 MEI: Selepas mengangkat sumpah jawatan hari ini, Perdana Menteri Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese berangkat menghadiri Sidang Kemuncak Tokyo dengan membawa agenda perubahan iklim.
Pemimpin Parti Buruh berusia 59 tahun itu mengangkat sumpah dalam majlis ringkas di Rumah Kerajaan di Canberra dan akan bertemu setiap pemimpin dunia di Jepun.
“Rundingan Tokyo akan menjadi cara yang baik untuk menghantar mesej kepada dunia bahawa terdapat kerajaan baharu di Australia.
“Ia adalah kerajaan yang mewakili perubahan dari segi cara kita berurusan dengan dunia mengenai isu seperti perubahan iklim,” katanya yang memilih Amerika Syarikat (AS) sebagai rakan kongsi paling penting.
Albanese berikrar untuk menggunakan lebih banyak sasaran pengurangan pelepasan yang tinggi dan menjadikan benua ini sebagai kuasa besar tenaga boleh diperbaharui.
“Saya berharap dapat memimpin kerajaan yang membanggakan rakyat Australia dan tidak mahu berpecah belah.
“Orang ramai letih untuk berdepan konflik,” katanya.
Sementara itu, menyentuh mengenai hubungan dengan Beijing, beliau menyatakan ia akan kekal menjadi sukar.
Kedua-dua negara tidak lagi mengadakan perbincangan peringkat menteri dalam tempoh dua tahun, dan kerajaan China menyekat pelbagai barangan Australia dengan sekatan politik.
“China yang berubah, bukan Australia dan Australia harus sentiasa mempertahankan nilai kita,” katanya. – AFP