23 MEI : Sebanyak 1,817 kes baharu COVID-19 direkodkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan kes aktif di seluruh negara ketika ini adalah sebanyak 26,511.
Daripada jumlah kes aktif itu, 25,366 individu atau 95.7 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.
Berdasarkan data laman COVIDNOW, seramai 1,087 pula dirawat di hospital dengan 40 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).
Sementara itu, terdapat pertambahan 1,817 kes baharu direkodkan dengan kes aktif COVID-19 seluruh negara ketika ini adalah 26,511.
Daripada jumlah itu, 25,366 individu atau 95.7 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.
Seramai 1,087 pula dirawat di hospital dengan 40 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).
Sementara itu, sebanyak dua kematian baharu akibat COVID-19 telah dilaporkan setakat tengah malam tadi, di mana satu kematian berlaku di luar hospital atau ‘brought-in-dead‘ (BID).
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik berkenaan sebanyak 35,643 kes, daripada 4.48 juta kes positif COVID-19 yang dikesan di negara ini.