24 MEI : 14 mayat termasuk kanak-kanak Rohingya ditemui terdampar di pantai negara itu.
Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Pelarian (UNHCR), turut melaporkan 17 lagi pelarian dikhuatiri meninggal dunia selepas bot yang dinaiki mereka terbalik.
UNHCR berkata bot itu berlepas dari Sittwe, di barat Myanmar pada Khamis lalu dan terbalik dua hari kemudian akibat laut bergelora.
Aktivis Rohingya, berkata 12 wanita dan dua kanak-kanak meninggal dunia.
Bot berkenaan membawa orang dari bandar Buthidaung, Maungdaw dan Sittwe.
Agensi itu berkata kumpulan itu dipercayai cuba untuk sampai ke Malaysia.
Menurut jurucakap polis daerah Pathein, Leftenan Kolonel Tun Shwe, 14 mayat ditemui, manakala 35 orang termasuk pemilik bot ditemui selamat.
Sementara itu, seorang ahli organisasi menyelamat Myanmar di Pathein, berkata lapan mayat ditemui di pantai, Ahad lalu.
Mangsa yang terselamat memberitahu 61 orang menaiki bot berkenaan dan 12 lagi masih belum ditemui.Mereka yang terselamat kini ditahan di balai polis Pathein.
Beliau bagaimanapun tidak memberitahu sama ada mereka akan didakwa, seperti yang biasa berlaku kepada pelarian Rohingya lain kerana cuba meninggalkan Myanmar.