25 MEI: Majlis pelancaran Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang dirancang malam esok ditunda ke Sabtu ini.
Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor berkata penundaan tersebut dibuat mengikut kesesuaian masa bagi majlis pelancaran berkenaan.
“Kita sudah tunda kepada 28 Mei. Tiada sebab ditunda, cuma kita lihat masa yang lebih sesuai dengan pelancaran itu,” katanya pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Kumpulan Sawit Kinabalu hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya berhubung perkembangan majlis pelancaran GRS yang diumumkan akan diadakan malam esok di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC).
Sementara itu, ditanya mengenai perkembangan pembentukan jawatankuasa solidariti GRS-BN yang didakwa belum dibincangkan bersama BN, beliau yang juga Ketua Menteri Sabah berkata, perkara itu akan dimaklumkan kepada BN tidak lama lagi.
“Akan sampai nanti (akan dimaklumkan tidak lama lagi),” katanya.
.