26 MEI: Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (AS) mengesan gempa kuat berukuran 7.2 skala Ritcher menggegarkan kawasan tenggara Peru hari ini.
Gempa itu berlaku pada jam 7.02 pagi waktu tempatan (1202 GMT), pada kedalaman 218 kilometer (km).
Pusat gempa terletak berhampiran bandar Azangaro, berdekatan Tasik Titicaca di sempadan Bolivia.
Gempa turut menggegarkan beberapa bangunan di La Paz, ibu negara jiran Bolivia serta beberapa bandar di Peru termasuk Arequipa, Tacna dan Cusco.
Sistem Amaran Tsunami AS pula memaklumkan tiada amaran tsunami dikeluarkan selain tiada laporan berkaitan kerosakan atau kemalangan jiwa diterima.
Rakaman video daripada kamera jalanan menunjukkan pemandu kenderaan panik ketika gegaran berlaku. – AFP