27 MEI: Datin Seri Feona Nurjannah, isteri kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar meninggal dunia jam 6.20 petang tadi di Borneo Medical Centre, Kuching.
Pemergian Allahyarhammah dimaklumkan menerusi Facebook Rufaizah Bujang.
“Semoga roh beliau tergolong dalam golongan orang-orang yang beriman.
“Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman & beramal soleh,” katanya.
Difahamkan jenazah akan dibawa ke kediaman Wan Junaidi pada malam ini dan solat jenazah akan dilakukan pada jam 9 pagi esok.
Jenazah akan dikebumikan di Perkuburan Samariang sejam kemudian.