27 MEI : Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sempat bertemu mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad semasa Majlis Makan Malam Persidangan Nikkei di Tokyo, Jepun malam tadi.
Kata Ismail Sabri, beliau dan Tun Mahathir telah dijemput untuk menyampaikan ucaptama pada Persidangan Nikkei ke-27 yang bermula semalam.
“Sempat bertemu dan bertanya khabar keadaan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semasa Majlis Makan Malam Persidangan Nikkei di Tokyo malam tadi.
“Tun Dr Mahathir akan menyampaikan ucaptama pada persidangan itu pada pagi ini.
“Saya telah menyampaikan ucaptama pada pagi semalam,” katanya menerusi catatan di Facebook miliknya hari ini.
Perhimpunan yang dianjurkan Nikkei Inc setiap tahun sejak 1995, menghimpunkan pemimpin-pemimpin kerajaan dan tokoh-tokoh perniagaan bagi berkongsi visi untuk masa depan Asia.