28 MEI: Lebih 4,000 orang awam dilaporkan terbunuh di Ukraine sejak pencerobohan Russia yang sejak 24 Februari lalu.
Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) bagi Hak Asasi Manusia (OHCHR) berkata secara keseluruhannya, 4,031 orang dilaporkan terbunuh, termasuk hampir 200 kanak-kanak.
Kebanyakan mangsa terbunuh akibat letupan dan serangan bersenjata, dengan kesan yang meluas seperti tembakan artileri berat atau serbuan udara.
Moscow menafikan dakwaan pihaknya menyasarkan orang awam dan menggelar pencerobohan itu sebagai ‘operasi ketenteraan khas’ untuk melucutkan senjata Ukraine dan menyingkirkannya nasionalis anti-Russia yang disokong Barat.
Ukraine dan sekutunya berkata, tuduhan tidak berasas itu digunakan Russia bagi menghalalkan pencerobohan yang berskala besar.
Semalam, pejabat kanan PBB, dalam satu kenyataan, berkata kebanyakan rekod orang awam yang terkorban adalah disebabkan oleh bahan letupan dengan kawasan lingkungan yang luas.
Antaranya termasuk tembakan artileri berat dan sistem roket pelancar berganda, peluru berpandu serta serangan udara. – AGENSI