1 JUN: Sebanyak 1,445 kes baharu jangkitan COVID-19 dilaporkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan 4,469,370 kes.
Bagaimanapun Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan angka jangkitan baharu itu lebih rendah berbanding 2,071 kes sembuh COVID-19.
Berdasarkan data COVIDNOW, jumlah keseluruhan kes sembuh adalah 4,447,682 kes.
Turut dinyatakan sebanyak tujuh kes kematian akibat COVID termasuk tiga kematian di luar fasiliti kesihatan (BID).
Ia menjadikan jumlah kes kematian di negara ini meningkat kepada 35,676 kes.
Perincian mengenai penularan COVID-19 menunjukkan kesemua negeri dan wilayah melaporkan kes dua angka kecuali Selangor (665) dan Kuala Lumpur (287).
Pulau Pinang menduduki tempat ketiga tertinggi melaporkan kes jangkitan iaitu 84 kes, disusuli Perak (73), Negeri Sembilan (72), Kedah (45), Sarawak (44), Melaka (43), Sabah (36), Johor (29), Putrajaya (22), Terengganu (18), Kelantan (15) dan Pahang (13).
Perlis pula melaporkan empat kes manakala satu kes dikesan di Labuan.
Sementara itu, terdapat 23,152 kes aktif direkodkan dengan sebilangan besar iaitu 95.7 peratus (22,160 kes) sedang menjalani tempoh kuarantin di rumah.
Seramai 19 pesakit berada di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) dan 945 kes menerima rawatan di hospital.
Hanya 13 kes dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 15 lagi pesakit memerlukan bantuan mesin pernafasan.