2 JUN : Barisan Nasional (BN) tidak akan mengulangi kesilapan lama dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) menerusi perubahan dalam calonnya.
Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin, berkata pendekatan yang akan ditampilkan dengan menawarkan pembabitan ramai generasi muda, akan dapat membela rakyat dengan peluang pekerjaan, bantuan perniagaan dan transformasi penjanaan ekonomi.
“Saya melihat konvensyen dan ulang tahun BN ke 48 menunjukkan kesepakatan komponen parti BN dalam menghadapi PRU-15.”BN parti yang dapat memberi keyakinan kepada rakyat, menentukan kestabilan dan kemakmuran negara.
“Walaupun seluruh negara sedang menghadapi masalah ekonomi dan inflasi, rakyat dapat melihat, parti mana yang mampu mentadbir negara dengan lebih baik,” katanya hari ini.
Beliau berkata, rakyat perlu kembali memberikan mandat besar kepada BN untuk mengembalikan kestabilan politik dan menarik pelaburan asing