7 JUN : Sebanyak 1,330 kes baharu direkodkan semalam menjadikan kes aktif COVID-19 seluruh negara ketika ini adalah adalah sebanyak 21,630 kes.
Daripada jumlah itu, 20,659 individu atau 95.5 peratus sedang menjalani kuarantin di rumah.
Seramai 924 pula dirawat di hospital dengan 22 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU)
Manakala dua kematian baharu akibat COVID-19 dilaporkan setakat tengah malam tadi.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik berkenaan sebanyak 35,690, daripada 4.5 juta kes positif COVID-19 yang dikesan.
Menurut data KKM di portal COVIDNOW, satu daripada kes kematian berlaku di luar hospital atau ‘brought-in-dead‘ (BID).