7 JUN: Empat kadet Malaysia berjaya terpilih memasuki akademi tentera Amerika Syarikat (AS) tahun ini.
Mereka ialah Edlan Mikyad Ahmad Syamly dan Zarif Mohd Zamrin, masing-masing berusia 20 tahun serta Muahamad Danish Imran Zainudin dan Qarin Loqman Safriza, masing-masing berusia 18 tahun.
Ketua Misi Kedutaan AS di Malaysia, Michael Newbill, berkata kesemua mereka antara 15 calon dari seluruh dunia yang dipilih berdasarkan pencapaian dengan melihat potensi kepemimpinan, kecergasan fizikal dan akademik.
“Kurang 20 peratus pemohon antarabangsa terpilih, malah proses pemilihan dilaksanakan dengan kompetitif yang mana calon dipilih berdasarkan kriteria ditetapkan.
“Tahniah saya ucapkan kepada semua yang terpilih terutama empat kadet Malaysia dan keluarga mereka di atas pencapaian membanggakan ini,” katanya di ibu negara, hari ini.
Judi dalam talian perosak tentera
Ismail Sabri ucap tahniah Cikgu Khalifa
Mohd Asghar dilantik Panglima TUDM baharu
“Tahniah saya ucapkan kepada semua yang terpilih terutama empat kadet Malaysia dan keluarga mereka di atas pencapaian membanggakan ini,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Newbill berkata, lebih 30 graduan akademi tentera AS membabitkan rakyat Malaysia berjaya dihasilkan sejak 1971.
Katanya, ketika ini seramai lima kadet Malaysia sedang mengikuti pengajian dan latihan di akademi berkenaan.