7 JUN: Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah hari ini berkenan mengumumkan rombakan kabinet menerusi titahnya yang disiarkan di seluruh negara.
Berkuat kuasa hari ini, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Brunei Haji Awang Abu Bakar, Menteri Sumber Utama dan Pelancongan Haji Ali, dan Menteri Pembangunan Haji Suhaimi tidak lagi dilantik menganggotai barisan Kabinet, lapor Xinhua.
Bagaimanapun, Sultan Hassanal Bolkiah mengekalkan jawatan tertinggi selaku Perdana Menteri, Menteri Luar Negeri, Menteri Pertahanan, dan Menteri Kewangan dan Ekonomi.
Kali terakhir rombakan Kabinet Brunei ialah pada Januari 2018.
Pada ketika itu, pertukaran melibatkan menteri veteran termasuk Lim Jock Seng, Menteri di Pejabat Perdana Menteri serta Menteri II Hal Ehwal Luar dan Perdagangan, dan Mohammad Yasmin, Menteri Tenaga dan Jabatan Industri di pejabat perdana menteri. – BERNAMA