nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Dana RM150 juta naik taraf peralatan nelayan

8 JUN : Kerajaan memperuntuk bantuan berjumlah RM150 juta di bawah Dana Jaminan Makanan dan pinjaman mudah, bagi mentransformasi nelayan melalui perolehan vesel moden berteknologi tinggi.

Jabatan Perikanan dalam kenyataan memaklumkan kedua-dua kemudahan itu untuk pembangunan industri perikanan pantai menerusi program pemodenan vesel, menggalakkan penggunaan peralatan mesra alam dan peningkatan mekanisasi peralatan tangkapan vesel di Zon A dan Zon B.

“Bantuan ini membuka peluang nelayan tradisi di Zon A dan Zon B menaik taraf dan memodenkan vesel, mekanisasi, peralatan tangkapan yang lebih efisien dan mesra sumber.

“Selain itu, ia meningkatkan aspek keselamatan dan peningkatan kualiti hasil tangkapan secara mampan, selain secara langsung meningkatkan pendapatan nelayan A dan Zon B,” menurut jabatan itu dalam kenyataan yang dikeluarkan sempena sambutan Hari Laut Sedunia, hari ini.

Jabatan Perikanan berkata, kemudahan bantuan itu juga menggalakkan vesel beroperasi di zon yang lebih jauh, mengubah suai vesel dengan konsep ke arah pemodenan vesel, pembelian enjin baharu atau menambah baik peralatan menangkap ikan bagi berpindah ke Zon C.

“Ini seterusnya akan meningkatkan proses pemuliharaan semula jadi stok ikan dan kualiti ekosistem di kawasan kurang 12 batu nautika dari pantai dan mewujudkan kawasan menangkap ikan yang stabil serta penerokaan yang mapan.

“Ini sekali gus akan mengurangkan kebergantungan penggunaan kru bukan warganegara bekerja di atas vesel penangkapan ikan tempatan dan menggalakkan pembabitan kru warganegara, termasuk belia bekerja di atas vesel penangkapan ikan yang moden dan selesa,” menurut jabatan itu.

Jabatan Perikanan memaklumkan Malaysia sebagai satu daripada negara yang memeterai Konvensyen Kepelbagaian Biologi dituntut untuk memastikan sebanyak 10 peratus daripada keluasan perairan marin negara dijadikan sebagai Kawasan Perlindungan Marin, menjelang 2020.

Sehingga kini, jumlah keluasan perairan yang ditadbir urus oleh Jabatan Perikanan ialah 2,486.13 kilometer persegi (km2), manakala jumlah keseluruhan Kawasan Perlindungan Marin untuk Malaysia sebanyak 2,631.8093 km2.

Dengan adanya Kawasan Perlindungan Marin, Malaysia akan mencapai Matlamat Pembangunan Lestari.

“Pencapaian Matlamat Pembangunan Lestari seterusnya akan menjamin kelestarian jaminan makanan dari sumber marin dengan lebih mampan, di samping kehidupan marin yang lain seperti terumbu karang,” menurut kenyataan itu. – BERNAMA

Get real time updates directly on you device, subscribe now.