8 JUN : Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$112.8 bilion pada 31 Mei 2022.
Bank pusat itu dalam satu kenyataan hari ini berkata, paras rizab itu memadai untuk membiayai 5.7 bulan import barangan dan perkhidmatan serta 1.1 kali jumlah hutang luar negara jangka pendek.
Komponen utama rizab antarabangsa ini merangkumi rizab mata wang asing berjumlah AS$100.3 bilion pada 31 Mei, kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$1.4 bilion), hak pengeluaran khas (AS$6.0 bilion), emas (AS$2.4 bilion) dan aset rizab lain (AS$2.7 bilion).-BERNAMA