9 JUN: Datuk Seri Ismail Sabri hari ini menghadap Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, di Istana Anak Bukit, Alor Setar.
Perdana Menteri yang memuat naik kenyataan di Facebooknya berkata dalam pertemuan itu beliau menyembah maklum perkembangan terkini negara.
“Dalam sesi menghadap ini, saya menyembah maklum tentang perkembangan semasa negara dan bertukar fikiran mengenainya.
“Menjunjung kasih Tuanku,” katanya ringkas.