10 JUN: Menteri Pertahanan Amerika Syarikat (AS) dan China bertemu secara bersemuka di Singapura hari ini bagi berbincang mengenai pertikaian keselamatan Taiwan dan perairan lain.
Selain Taiwan dan Laut China Selatan, kedua-negara bertelagah mengenai keselamatan siber dan hak asasi manusia di Hong Kong dan Xinjiang.
Setiausaha Pertahanan AS, Lloyd Austin mengadakan pertahanan dengan Wei Fenghe di luar sidang kemuncak keselamatan Dialog Shangri-La, yang dihadiri oleh menteri pertahanan dan pegawai kanan dari seluruh dunia.
Austin adalah pegawai kanan AS terbaharu melawat Asia ketika Washington berusaha mengalihkan fokus dasar luarnya kembali ke rantau itu daripada perang Ukraine.
Jurucakap Pentagon mengesahkan rundingan sedang dijalankan di Singapura dan stesen penyiar China, CCTV turut melaporkannya ia adalah pertemuan pertama kedua-dua menteri sejak Austin dilantik.
Mereka sebelum ini mengadakan perbincangan melalui telefon pada April lalu.
Isu utama rundingan itu mungkin mengenai Taiwan, pulau demokrasi yang dipimpin sendiri yang sentiasa berada di bawah ancaman berterusan dari China.
Selain itu, tuntutan meluas China di Laut China Selatan juga mencetuskan ketegangan dengan Washington.
Beijing menuntut hampir semua laut yang kaya dengan sumber dengan menjadi laluan kapal bernilai trilion dolar setiap tahun, dengan tuntutan bersaing dari Brunei, Malaysia, Filipina, Taiwan dan Vietnam. – AFP