10 JUN : Pasukan pendakwaan bagi perbicaraan nahas pesawat Malaysia Airlines MH17 gagal membuktikan bahawa peluru berpandu yang menjatuhkan pesawat itu adalah buatan Rusia.
Peguam pembelaan suspek yang merupakan warga Russia, Sabine ten Doesschate, menyatakan, pihak pendakwa gagal membuktikan perkara tersebut menerusi perbualan telefon yang dipintas, gambar dan kenyataan saksi bahawa MH17 dijatuhkan oleh peluru berpandu tersebut, seperti dilaporkan Channel News Asia (CNA).
Katanya, pihak pendakwaan juga gagal membuktikan bahawa jejak asap yang dilihat selepas peluru berpandu itu ditembak adalah Buk.
Doesschate membuat hujahan itu pada hari akhir perbicaraan kes tersebut di Kompleks Kehakiman Schipol dekat Lapangan Terbang Schipol, Amsterdam di mana pesawat MH17 berlepas.
Pada 17 Julai 2014, pesawat penumpang yang menuju ke Kuala Lumpur telah ditembak jatuh dan meragut nyawa 298 orang penumpang.
Pulatov merupakan satu-satunya defendan yang diwakili peguam semasa perbicaraan itu, yang bermula sejak Mac 2020 melibatkan empat tertuduh.
Dua lagi tertuduh merupakan warga Rusia iaitu Sergei Dubinsky dan Igor Girkin, manakala Leonid Kharchenko pula warga Ukraine.
Sementara itu, pasukan pendakwaan memohon supaya hukuman penjara seumur hidup dikenakan terhadap kesemua tertuduh yang tidak hadir dalam perbicaraan itu atas dakwaan sebagai individu berperanan menjatuhkan pesawat tersebut.