11 JUN: Sebelas orang terbunuh manakala 34 cedera dalam insiden trak pikap merempuh periuk api berhampiran bandar Daraa di selatan Syria hari ini.
Balai Cerap Hak Asasi Manusia Syria berkata, mangsa yang maut termasuk lima kanak-kanak di bawah 16 tahun dan tiga wanita manakala terdapat mangsa dalam keadaan kritikal.
Kebanyakan mangsa adalah buruh yang bekerja di ladang gandum, kata agensi berita rasmi Syria, SANA.
Angka terbaharu menjadikan 124 jumlah orang yang terbunuh oleh sisa bahan letupan sejak awal 2022, menurut Observatory yang berpangkalan di Britain, yang bergantung pada rangkaian sumber yang luas di Syria.
Bahan letupan yang ditinggalkan oleh semua pihak di padang, di sepanjang jalan atau bahkan di bangunan dalam konflik selama sedekad di Syria telah mencederakan beribu-ribu orang awam dan membunuh ratusan yang lain.
Di seluruh negara, kira-kira separuh penduduk dianggarkan tinggal di kawasan yang tercemar oleh senjata yang tidak meletup, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). – AFP