nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Abang Johari kekal Presiden PBB

11 JUN:  Semua jawatan tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) tidak dipertandingkan dalam pemilihan pada perhimpunan agung parti itu yang akan diadakan selama tiga hari di Kuching bermula 17 Jun ini.

Pegawai pemilihan PBB, Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah, berkata sehingga pencalonan ditutup semalam, Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Openg, menjadi calon tunggal dinamakan oleh semua 82 cawangan parti itu untuk menjadi presiden bagi penggal 2022-2025.

Beliau berkata, semua cawangan juga sebulat suara mengekalkan dua Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan sebagai Timbalan Presiden parti itu.

“Bagi (dua) jawatan Naib Yang Dipertua Kanan (naib presiden kanan) dicalonkan oleh semua cawangan adalah Datuk Seri Fadillah Yusof dan Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PBB di Kuching, hari ini.

Katanya, Dr Rundi sebelum ini adalah Naib Presiden PBB menggantikan Datuk Amar Michael Manyin Jawong yang mengambil keputusan berundur.

Jawatan Naib Presiden yang tidak akan dipertandingkan akan disandang oleh Datuk Gerald Rentap Jabu, Datuk Julaihi Narawi, Dr Annuar Rapaee, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah, Datuk Roland Sagah Wee Inn, Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi, Datuk Gerawat Gala, Datuk Seri Fatimah Abdullah dan Miro Simuh.

Awang Bemee berkata, 14 jawatan dalam sayap Pesaka parti itu juga tidak akan dipertandingkan manakala 16 lagi dalam sayap Bumiputera ditandingi 22 calon.

Sementara itu, Uggah yang turut hadir di sidang media itu, berkata keputusan semua cawangan PBB agar jawatan utama tidak dipertandingkan adalah bukti akar umbi berkeyakinan penuh dengan Abang Johari dan barisan kepimpinannya untuk menerajui parti dan Sarawak.

“Ini menunjukkan parti berjaya merapatkan perpaduan ahli dalam kita meneruskan perjuangan pada masa hadapan yang begitu mencabar dan kita yakin PBB akan terus menerajui kerajaan GPS (Gabungan Parti Sarawak),” katanya.

Bertemakan ‘Menjamin Kestabilan, Kemakmuran dan Kegemilangan Sarawak’, persidangan itu dijangka membabitkan 2,420 perwakilan dan akan dirasmikan oleh Abang Johari pada 18 Jun. – BERNAMA

Get real time updates directly on you device, subscribe now.