12 JUN : Presiden Vladimir Putin telah menandatangani rang undang-undang mengenai ketidakpatuhan Russia terhadap keputusan Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah (ECHR), menurut Kremlin semalam.
Selaras dengan undang-undang baharu itu, Russia tidak akan mematuhi ketetapan ECHR selepas 15 Mac, apabila negara itu mengumumkan keluar daripada Majlis Eropah, lapor Xinhua.
Sementara itu, pampasan yang dinilai ECHR akan dibayar dalam mata wang rubel dan hanya dipindahkan ke dalam akaun di bank Russia.
Rang undang-undang itu telah diluluskan oleh Majlis Persekutuan, atau dewan negara Parlimen Russia, Rabu lalu. – BERNAMA