13 JUN: Korea Utara terus menunjukkan kekuatan ketenteraannya apabila didakwa melepaskan beberapa das tembakan artileri pagi semalam.
Pemimpin tertingginya, Kim Jong Un berikrar mahu meningkatkan kuasa ketenteraannya dan tembakan artileri itu dibuat bagi mencapat matlamat tersebut selain bagi tujan penyelidikan.
Ketua Turus Bersama Korea Selatan bagaimanapun tidak memberikan butiran lanjut tentang perkara itu.
Difahamkan, embakan yang dilepaskan sekitar jam 8.07 pagi dan 11.03 pagi waktu tempatan itu adalah daripada jenis tradisional dengan jarak pendek dan pada altitud rendah.
Hasrat itu dibentangkan ketika ketika pemimpin berkenaan menutup mesyuarat pleno jawatankuasa pusat Parti Pekerja Korea (WPF) yang diadakan minggu lalu.
Pada awal Jun lalu, Korea Utara melancarkan sekurang-kurangnya lapan peluru berpandu balistik ke perairan pantai timurnya hari ini.
Perkara itu dimaklumkan tentera Korea Selatan selepas Seoul dan Washington mengadakan latihan bersama yang pertama membabitkan pesawat pengangkut Amerika Syarikat (AS), selepas lebih empat tahun.
Pyongyang meningkatkan dua kali ganda program senjatanya tahun ini, walaupun berdepan sekatan ekonomi yang semakin ketat. – REUTERS