15 JUN : Harga runcit petrol RON97 meningkat sebanyak 11 sen seliter dari harga asal RM4.72 kepada RM4.83 seliter bermula dari tempoh 16 Jun sehingga 22 Jun 2022.
Menurut kenyataan Kementerian Kewangan pada Rabu, bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter.
“Penetapan harga runcit baharu bagi produk petroleum itu dilaksana berdasarkan formula Automatic Pricing Mechanism (APM).
“Sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan, sepertimana yang dapat dilihat pada harga runcit petrol RON97 yang ditetapkan mengikut harga pasaran,” kata kenyataan itu.
Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia dari semasa ke semasa serta mengambil langkah bersesuaian bagi memelihara kebajikan dan kesejahteraan.