nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

UniKL cipta sejarah jalin kerjasama dengan IRSE

15 JUN : Universiti Kuala Lumpur (UniKL) mencipta sejarah bidang pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional, TVET, apabila menjadi universiti pertama di Asia Tenggara menjalin kerjasama dengan Badan Perlesenan antarabangsa berkaitan sistem kawalan isyarat pengangkutan rel, menerusi kolaborasi bersama Institute of Railway Signal Engineers United Kingdom (IRSE) yang ditubuhkan lebih 100 tahun lalu.

Menurut Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid, satu perjanjian khusus akan dimeterai dengan IRSE bagi membolehkan UniKL menawarkan kursus diperingkat Diploma Lanjutan dan Sijil Kompetensi yang diiktiraf diseluruh dunia.

“Selepas ini pihak MARA akan ada kesinambungan dengan UniKL untuk membolehkan akhirnya kita dapat satu persetujuan diantara UniKL dan IRSE dan salah satu yang saya nampak adalah pembangunan tenaga pakar dan profesional dalam bidang rel.

Keduanya ada kolaborasi dari segi keahlian untuk Malaysia dan barangkali kita boleh menjadi Pusat Penilaian dan wakil IRSE di rantau Asia Tenggara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mahdzir sebelum itu mengadakan pertemuan dengan Ketua Eksekutif IRSE, Blane Judd di Ibu Pejabat IRSE di London bagi memuktamadkan kolaborasi bidang yang dipersetujui bersama itu.

Turut sama, Ketua Setiausaha KPLB, Datuk Ramlan Harun, Ketua Pengarah MARA, Datuk Azhar Abdul Manaf serta Dekan dan Ketua Kampus Pusat Rel Asia UniKL, Profesor Madya Dr. Azman Senin.

Tambah Mahdzir, menerusi kolaborasi itu, Pusat Rel Asia UniKL dilantik sebagai Pusat Penawaran Program Pembangunan Profesional bermula diperingkat sijil dan Diploma Lanjutan dalam bidang kawalan isyarat yang diperakui oleh pihak IRSE.

Selain itu, IRSE juga bersetuju menjadikan UniKL sebagai Pusat Penilaian kepada mana-mana individu profesional serta jurutera bidang kawalan isyarat yang akan dinilai oleh Pusat Rel Asia UniKL dan juga IRSE untuk membolehkan mereka mendapat persijilan yang diiktiraf di seluruh dunia.

IRSE juga kata Mahdzir, menawarkan Bandaraya Kuala Lumpur untuk menjadi penganjur Konvensyen Antarabangsa IRSE pada tahun 2025.

IRSE yang ditubuhkan pada tahun 1912, kini mempunyai lima ribu ahli dari 53 buah negara serta mempunyai 5,759 pemegang lesen profesional dalam bidang sistem kawalan isyarat dan telekomunikasi pengangkutan rel.

“Kita di UniKL di bawah MARA mempunyai fakulti yang berkaitan dengan rel dan kita telah ada universiti ini lebih kurang dalam 7 tahun yang lalu menawarkan ijazah dan diploma dalam bidang kejuruteraan rel.

Setakat ini kita mempunyai 180 orang pelajar dan baharu sahaja melahirkan seramai 7 orang graduan dalam bidang tersebut,” jelas Mahdzir.

Sementara itu, Dekan dan Ketua Kampus Pusat Rel Asia UniKL, Profesor Madya Dr. Azman Senin berkata, bidang sistem kawalan isyarat komunikasi pengangkutan rel mempunyai permintaan tinggi dalam pasaran pekerjaan yang boleh dimanfaat oleh pelajar UniKL.

“Kita juga mempunyai keperluan daripada operator untuk mendapat tenaga kerja pakar dan kompetensi. Dengan pensijilan daripada IRSE, graduan-graduan yang kita lahirkan akan dapat bekerja dan diiktiraf bukan sahaja diperingkat Malaysia malah ia diiktiraf diperingkat Asean dan itu hasrat pertama kita dan tentulah kita ingin melihat kita mampu melatih pelajar atau graduan kita sehingga diperingkat boleh bekerja dan diiktiraf diperingkat global,” katanya.

Untuk itu katanya, UniKL akan membuat padanan semula subjek-subjek program diploma dan ijazah berkaitan selaras dengan keperluan IRSE.

“Bidang kawalan isyarat ini merupakan salah satu sistem yang kritikal di dalam pengoperasian rel dan sudah tentu bila kita mempunyai tenaga kerja yang kompeten yang diiktiraf, ia akan memberikan sistem keretapi kita diperingkat Malaysia dan juga Asean ini ke satu tahap yang selamat dan lebih efisyen,”jelas Azman lagi.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.