COVID-19: 2,320 jangkitan baharu, 5 kematian
16 JUN: Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan sebanyak 2,320 kes baharu COVID-19 semalam menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan wabak tersebut kepada 4,532,632 kes.
dengan jumlah kes aktif adalah sebanyak 23,886.
Data di Portal COVIDNOW menunjukkan daripada keseluruhan kes pesakit COVID-19 yang masih aktif iaitu 23,886, sebanyak 22,840 kes atau 95.6 peratus daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah manakala 18 pesakit berada di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC).
Data itu turut menunjukkan seramai 990 pesakit COVID-19 ditempatkan di hospital dengan seramai 38 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).
Kes sembuh baharu COVID-19 yang direkodkan semalam ialah 1,390 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh wabak tersebut dalam negara kepada 4,473,021.
Pada masa yang sama, Malaysia turut merekodkan lima kematian baharu akibat wabak tersebut semalam dengan satu kes adalah kematian di luar hospital (BID).