nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Sultan Johor belum setuju turun had umur calon DUN

16 JUN : Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar hari ini menjelaskan baginda belum memberi persetujuan mengenai pindaan Enakmen Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor (Pindaan) 2021 untuk menurunkan had umur minimum calon pilihan raya bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada 21 tahun kepada 18 tahun.

Berucap pada pembukaan rasmi Penggal Persidangan Pertama DUN yang ke-15 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar hari ini, Sultan Ibrahim bertitah had umur minimum untuk menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor masih kekal 21 tahun.

“Suka saya ingatkan had umur minimum untuk menjadi ADUN masih kekal 21 tahun kerana pindaan Enakmen pada 6 Januari (tahun ini), saya belum beri persetujuan. Pada hemat saya, cadangan menurunkan umur itu adalah tidak selari dengan hala tuju kerajaan yang mahukan pemimpin berkualiti tinggi dan cukup ilmu pengetahuan.

“Namun begitu, saya tetap sokong hak mengundi diberi kepada individu berusia 18 tahun ke atas, tetapi untuk menjadi Ahli Dewan saya rasakan tidak sesuai,” titah baginda lagi.

Pada 6 Januari 2022, DUN Johor meluluskan enakmen berkenaan untuk menurunkan had umur minimum calon pilihan raya bagi kerusi DUN daripada 21 tahun kepada 18 tahun.

Terdahulu baginda turut mengucapkan tahniah kepada kesemua 56 ADUN yang baharu dilantik susulan Pilihan Raya Negeri Johor ke-15, Mac lalu.

Sultan Ibrahim turut mengingatkan pentadbiran Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi dan barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) supaya menjalankan tugas dengan berkesan dan cemerlang atau berdepan dengan kehilangan jawatan.

“Saya telah lantik lebih 70 peratus mereka di bawah usia 50 tahun, malah ada lima Exco di bawah usia 40 tahun, jadi saya harap dengan gabungan Exco dan pelbagai latar belakang pendidikan dan pengalaman akan dapat bawa kemajuan dan kecemerlangan kepada negeri Johor.

“Saya akan perhatikan dan nilai prestasi kerja setiap Exco dan saya akan buat pertukaran jika ada yang gagal pikul tugas yang telah diberi,” titah baginda.

Selain itu Sultan Ibrahim turut mengingatkan agar tiada perebutan kuasa dan supaya semua pihak menghentikan kempen politik memandangkan sudah tiba masa bekerja dan menunaikan segala janji yang dibuat dahulu.

“Sidang DUN Johor ada peraturan yang wajib dipatuhi, jaga adab, tingkah laku dan tertib, saya juga berharap Speaker baharu akan bertindak tegas di mana jika ada ADUN melanggar peraturan jangan teragak-agak ambil tindakan.

“Suka saya ingatkan setiap Ahli Dewan wajib hadir dalam semua persidangan, kerana ini tugas sebagai Ahli Dewan, pastikan jangan ada yang ponteng,” titah baginda lagi.

Persidangan DUN ditangguhkan kepada Ahad ini.– BERNAMA

Get real time updates directly on you device, subscribe now.