18 JUN : Penyanyi dan pelakon, terkenal, Adibah Noor meninggal dunia pada pukul 7.45 malam Sabtu (18 Jun) di sebuah hospital swasta di ibu negara kerana sesak nafas.
Pelakon Datin Emylia Rosnaida, dalam satu hantaran di akaun instagram miliknya memgesahkan perkara itu.
“Allahuakbar sedihnya, terkejut dapat berita ni. Sahabat kita yg versatile Adibah Noor @adibahnoormohdomar, baru sahaja meninggal dunia,” katanya dalam hantaran tersebut.
Adibah Noor atau nama sebenar Adibah Noor Mohamed Omar itu berusia 51 tahun.
Pada minggu lalu, namanya kembali menjadi tajuk utama portal hiburan setelah tersebar gambar terbarunya yang kelihatan jelas mengalami pengurangan berat badan.
Dalam temu bual bersama wartawan, Adibah hanya memberitahu perubahan ketara berkenaan adalah disebabkan amalan pemakanannya, iaitu dengan memilih diet yang lebih sihat semenjak bulan Ramadan lalu.