21 JUN : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan 2,093 lagi kes jangkitan COVID-19 baharu dengan kes aktif COVID-19 dalam negara ketika ini sebanyak 25,952.
96.1 peratus daripada jumlah itu kini sedang menjalani kuarantin di rumah manakala hanya 15 individu ditempatkan di PKRC.
Seramai 985 pesakit dirawat di hospital dengan 23 ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).
Sementara itu, tiga kes kematian baharu dilaporkan akibat COVID-19 setakat tengah malam tadi.
Menurut data KKM di portal COVIDNOW, jumlah kematian dalam negara ketika ini adalah 35,735 kes.