21 JUN : Lebih 150,000 jemaah dari serata dunia negara selamat tiba di Madinah melalui jalan darat dan penerbangan bagi menunaikan ibadah haji tahun ini, setakat kelmarin.
Agensi berita SPA melaporkan, 147,094 jemaah sudah tiba di Madinah, berdasarkan statistik ketibaan dan pelepasan jemaah haji yang dikeluarkan Kementerian Haji dan Umrah.
Pusat Imigresen Arab Saudi pula mengesahkan kemasukan 11,087 jemaah haji yang tiba di Madinah melalui laluan darat.
Berdasarkan statistik ketibaan itu, bilangan jemaah paling ramai adalah dari Indonesia iaitu 26,304 orang, diikuti India (21,790 orang), Pakistan (9,383 orang), Bangladesh (8,680 orang) dan 6,326 orang dari Iran.
Selain itu, statistik terbabit menunjukkan 49,388 jemaah haji meninggalkan Madinah untuk meneruskan perjalanan ke Makkah sejak beberapa hari lalu dan sehingga kelmarin, seramai 97,690 jemaah masih berada di Madinah.
Pihak pengurusan di Madinah menempatkan sejumlah pegawai bertugas, termasuk di lapangan setiap masa bagi menyambut ketibaan jemaah haji dari serata dunia di lapangan terbang dan pusat imigresen.